Rabu, 16 Februari 2011

dOa SeOrAnG iBu

dahulu kala di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat. setiap orang mencintainya kerana budi dan amalnya. ilmunya yang tinggi menyebabkan nmanya bertambah harum. ibunya sangat bahagia sekali mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang. itulah sebabnya mengapa anaknya tidak diperbolehkan menuntut ilmu ke negri jauh.

pada suatu hari anaknya yang sangat dicintai itu menghendaki pergi ke Mekah. maksudnya ingin menambahkan ilmunya ke negeri yang sangat mulia itu. tentu sahaja ibunya sangat keberatan apabila anaknya merantau ke M ekah. apalagi dia akan bermukim di sana beberapa tahun.

"Anakku! engkau adalah mutiara hatiku, ibu sangat tersiksa apabila engkau pergi ke Mekah. ibu udah tua,maka sangat berat sekali jika berpisah dengan engkau. Batalkanlah niatmu nak!" kata ibunnya menasihati deketika malam yang hening.

akan tetapi kerana tekad anaknya yang sudah tak dapat dibendung lagi, berangkatlah dia ke Mekah. nasihat ibunya sudah tidak dihiraukan lagi. sekarang ibunya tinggal bersendirian di rumah dengan deraian air mata. hatinya menjadi sakit sekali kalau mengingatkan anaknya yang tak memperdulikan nasihatnya itu.

"ya Tuhan....sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba, dengan peergiannya. turunkanlah siksa kepada anakku, ya tuhan". demikianlah rintihan ibunya. hampir setiap malam ibunya berdoa demikian.

anaknya pada malam waktu itu telah sampai di Mekah. dengan giat sekali ia mencari ilmu dan beribadah disana. pada suatu malam yang buta terjadilah musibah menimpa dirinya. pada malam itu ada seorang pencuri masuk ke rumah seorang saudagar kaya. tetapi malang bagi pencuri, kerana perbuatannya diketahui oleh tuan rumah. pencuri itu lari lintang pukang menyelamtkan diri. tetapi jejaknya ini selalu diekori oleh tuan rumah.

"ah..celaka aku jika aku tidak mencari akal,"kata pencuri itu didalam hati."biarlah aku masuk ke ke masjid,mungkin aku dapat selamtkan diri."

kebetulan ketika dia sampai di masjid dilihatnya ada seorang yang sedang berzikir. dengan licik sekali lantas dia berteriak-teriak sanbil menunding-nunding orang yang sedang berzikir. "PENCURI...PENCURI..."teriaknya debngan keras sekali.

Tuan rumah ketika sampai di masjid langsung sahaja menangkap orang yang disebut pencuri itu. tanpa fikir panjang lagi dia lalu diseret dihadapkan kepada raja, malang baginya, kerana raja memberi hukuman kepadanya dengan DIPOTONG TANGANNYA,KAKINYA DAN DICUNGKIL KEDUA MATANYA. setelah itu,raja memerintahkan kepada hulubalangnya untuk mengarak pencuri itu dihadapan umum.

"inilah akibatnya kalu cuba mencuri barang ornag," kata pegawai raja di sepanjang jalan. sewaktu arakan sampai di pasar berkatalah orang yang dituduh mencuri itu kepada egawai raja:

"wahai pegawai! janganlah engkau berkata begitu,,,tetapi berkatalah begini...: inilah balasannya kalau orang itu derhaka kepada ibunya..ayuh katakan begitu!"


Para pegawai pun menjadi hairan sekali mendengarkan saranan yang dituduh itu. Hatinya menjadi ragu,apakah betul ucapannya itu atau pura-pura. ternyata setelah diselidiki lagi orang yang didakwa sebagai pencuri itu betul-betul bukan pencurinya.Para pegawai raja kemudian membebaskannya untuk dihantar ke rumah ibunya.

ketika sampai di rumah,para pegawai raja meletakkan di muka pintu rumahnya. Keadaannya yang cacat itu menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya memanggil-manggil dari luar. Dari dalam rumahnya dia mendengar ibunya sedang berdoa:

"Ya Allah.. apabila telah turun dugaan kepada anakku,kembalikanlah dia kerumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Doa ini diucapkan oleh ibunya berulang-ulang kali sampai da suara anaknya yang berpurapura menjadi pengemis. "Ya tuan, berilah hamba sedekah."

"Datanglah kesini mendekat pada pintu," terdengar suara dari dalam.

"bagaimana tuan saya dapat mendekat,padahal saya tak punya kaki." jawab anaknya.

"kalau begitu hulurkan sahaja tanganmu." jawab ibunya dari dalam.

"Tuan maafkan hamba kerana hamba tak punya tangan,tangan hamba telah dipotong."

"jika demikian bagaimana aku dapat memberimu,padahal aku bukan muhrimmu?." jawab ibunya.

"Tuan,janganlah tuan khuatir sebab kedua mata hamba telah buta," jawab anaknya.

ibunya yang belum mengerti bahawa pengemis itu sebetulnya adalah anaknya sendiri terpaksa keluar dengan membawa sepotng roti. Tetapi ketika roti itu diberikan tiba-tiba pengemis itu merebahkan dirinya dipangkuan ibunya sambil menangis.

"Ibu.....Maafkanah anakmu ini ibu..! sebetulnya hamba adalah anakkmu sendiri yang mengalami nasib seperti ini ,ibu..hamba merasa berdosa kepada ibu..maafkanlah ibu...

Ibunya yang setelah mengetahi nasib anaknya yang mengerikan itu lalu berkata:

"Ya TUHAN...saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi sungguh mengerikan siksa anakku ini ya Tuhan. Hamba tak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa.Ya Tuhanku,akhirilah hidupku ini br=ersama-sama anakku sehingga kami tidak menanggung malu lagi."

Doanya dikabulkan oleh Allah, dia dan anaknya mati bersama-sama. Demikianlah nasib anak yang tidak menuruti kepada orang tua, dan orang tua yang kurang redha kepada anaknya di dalam mencari ilmu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan